Unlimited Pass - LRT, MRT Monorel
- Fareez
- 5 Feb
- 2 min membaca
Updated: 17 Feb
Dah alang-alang sampai KL, apa kata bawak anak-anak naik LRT, MRT, & Monorel. Jom saya cerita macam mana cara untuk guna semua jaringan perkhidmatan Rapid KL dengan cara yang paling jimat.

Ya, saya tahu, anda datang dari jauh dan tidak berkesempatan untuk merasai naik LRT atau dah lama tak menaiki LRT. Jadi, dah alang-alang sampai KL, rugi kalau tak ambil peluang bawa anak-anak jalan-jalan sambil menikmati pengalaman naik LRT! Bukan saja jimat dan mudah, tapi anak-anak pun mesti seronok dapat merasa naik tren, tengok pemandangan bandar dari tingkap, dan turun di stesen-stesen menarik. MyCity 1-Day Pass adalah pilihan yang bijak dan menjimatkan. Dengan pas ini, anda dan keluarga dapat menikmati perjalanan tanpa had sepanjang hari di pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan bas pengantara MRT MyCity 1-Day Pass adalah pas perjalanan harian yang menawarkan perjalanan tanpa had untuk satu hari pada semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL di Lembah Klang. Dengan harga RM6 seorang, pas ini membolehkan anda dan keluarga menjelajah bandar dengan mudah dan kos efektif. Dari Tatami Homestay, anda boleh datang dengan kenderaan anda dan letakkan kenderaan di parkir bertingkat di Stesen LRT Gombak (ni stesen paling dekat dengan Tatami Homestay). Bayaran parkir cuma RM4.50 sahaja sehari. Murah kan?
Kemudian boleh terus sahaja ke kaunter LRT Gombak dan beli MY Pass di kaunter. Syaratnya: 1 - Setiap seorang perlu guna MY Kad
2 - Baki setiap Touch N GO di dalam MY Kad perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM6.
3 - Bayar RM6 lagi untuk seorang secara manual sama ada menggunakan tunai atau QR Pay. 4 - Pas akan diaktifkan pada sentuhan pertama di pintu masuk stesen dan sah untuk penggunaan tanpa had selama satu hari.

Comentarios